Voltaire dan bencana

Cuba tunjukkan
Di mana letaknya keadilan
Jika orang tidak bersalah justeru mati
dan, orang tidak berdosa juga dihukum
Sama seperti orang yang berdosa…

Francois Marie Arouet (Voltaire) pemikir agung Perancis abad ke-18 mengakhiri sajaknya itu dengan pertanyaan..“Mengapa Lisbon?” Wajahnya penuh kesedihan dan kekecewaan. Pertanyaan tersebut sebenarnya ditujukan kepada Tuhan!

Di depan matanya lebih 55,000 penduduk Lisbon, ibu negara Portugal meninggal dunia dalam gempa bumi yang paling dasyat dalam sejarah Eropah moden (selepas era pencerahan). Ia berlaku pada 1755.

Pemikir yang kemudian menjadi seorang ateis itu turut ‘bertanya’ kepada Tuhan. Adakah Lisbon lebih berdosa daripada Paris atau Kota London hingga menerima tragedi besar tersebut?

Dalam sejarah ‘orang yang tidak memahami’ tentang kuasa mutlak Tuhan, bukan hanya Voltaire yang berbuat demikian. Albert Camus turut mempertikai Tuhan di atas kisah tragis dalam dramanya, Caligula.

Naskhah Caligula mengisahkan Maharaja Romawi mati kerana ditinggalkan oleh kekasihnya, Tursila. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya baginda merasakan bahawa Tuhan telah mengabaikannya dan meletakkan baginda dalam kekecewaan.

Selain Voltaire dan Camus, ada lagi pemikir Perancis lain iaitu Maurice Clavel. Beliau berpendapat, kesengsaraan dan tragedi kemanusiaan disebabkan oleh Tuhan!

“Gagasan besar yang tertindas dalam kehidupan manusia moden adalah Tuhan. Dia tidak hanya dalam bencana tetapi juga dalam tragedi manusia.

“Cuba lihat bagaimana sejarah peperangan berdarah manusia. Para penjahat menggemakan nama Tuhan untuk membunuh,” tulisnya dalam God or Nothing.

Di sisi lain, Jean Jacques Rosseau mengkritik secara lantang pandangan Voltaire. Beliau mengingatkan supaya jangan terlalu pedas dan berfikiran sempit dalam mentafsir keberadaan Tuhan.

Seandainya Voltaire masih hidup tentu dia akan melaungkan kritikan yang sama terhadap Tuhan ekoran bencana alam akibat taufan Nargis di Myanmar dan gempa bumi di China yang mengorbankan lebih 150,000 nyawa baru-baru ini.

Mungkin juga dia akan mempertikaikan Tuhan dalam kejadian Tsunami yang mengorbankan lebih 250,000 nyawa di Aceh dan beberapa negara Asia pada tahun 2005.

Bencana sering menimbulkan dua pandangan berbeza. Ada kelompok yang menganggap tragedi alam itu sebagai cubaan, peringatan dan mungkin juga hukuman Tuhan terhadap dosa-dosa manusia.

Di sisi lain ada kelompok meradang dan meratap seperti Voltaire, Clavel atau Camus. Mereka melihat tragedi tersebut sebagai gagasan ‘penindasan’ Tuhan.

Sesiapa pun pasti menangis melihat tragedi di Aceh, Myammar dan China. Namun, adilkah jika dalam kedukaan itu kita mencari kesalahan di luar diri dan persekitaran kita?

Apa lagi meletakkan Tuhan sebagai punca segala kesalahan. Adakah kita bertanyakan penyebab kepada kejadian tanah runtuh atau hakisan pantai di Malaysia atau seluruh dunia?

Pada hal manusia terlalu rakus memusnahkan hutan atas nama kepentingan ekonomi dan pembangunan. Sungai-sungai ditimbus dan bukit-bukit diratakan. Lalu, adakah ini sebuah takdir Tuhan?

Pandangan penulis Karen Amstrong cukup menarik untuk menjawab persoalan (berdasarkan pemikiran logik) tentang Tuhan dan kejadian bencana di sekitar manusia.

Dalam History of God, Amstrong menulis secara terperinci tentang evolusi pemikiran manusia tentang Tuhan termasuk mengaitkan dengan kejadian bencana.

“Pemikiran manusia moden dikuasai oleh logik kerana mereka tidak memahami erti keberadaan Tuhan dan memberi pentafsiran yang terlalu sempit,” tulisnya.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s